Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keluarga akhirnya tuntut mayat Kevin Morais
Diterbitkan:  Nov 24, 2015 11:25 AM
Dikemaskini: 3:32 AM

Keluarga Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais yang mati dibunuh akhirnya menuntut jasadnya dari rumah mayat.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata keluarganya menuntut mayat itu dari bilik mayat Hospital Kuala Lumpur kira-kira 11:30 pagi semalam.

Akhbar The Star juga memetik Munusamy berkata, keluarganya juga telah dimaklumkan mengenai punca kematian.

Bagaimanapun, abang Morais, Richard memilih untuk tidak memberi komen dan tidak mahu mengesahkan jika jasad adiknya itu telah dituntut.

Keluarga itu enggan menuntut mayat tersebut walaupun selepas bedah siasat yang pertama selesai pada September lalu kerana mereka mahu bedah siasat kedua dijalankan.

Mereka juga melahirkan rasa dukacita berhubung ketidaktentuan yang menyelebungi kematian Kevin.

Morais dilaporkan kes berprofil tinggi sebelum hilang pada 4 September lalu. Kali terakhir beliau dilihat menuju ke Putrajaya dari apartmennya di Menara Duta di Kuala Lumpur, dengan menaiki sebuah kereta Proton Perdana.

Berdasarkan rakaman CCTV yang memaparkan Kevin dipaksa keluar dari keretanya oleh sekumpulan lelaki, pada siang hari, polis berkata ia adalah kes penculikan.

Jasadnya kemudian dijumpai di dalam sebuah tong yang telah disimen di Subang Jaya, berhampiran Kuala Lumpur, pada 16 September

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS