Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahdzir nafi soalan UPSR bahasa Cina setaraf SPM
Diterbitkan:  Nov 24, 2015 12:00 PM
Dikemaskini: 4:49 AM

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikan bahawa kertas soalan bahasa Cina bagi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mengandungi soalan bagi peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Dakwaan bahawa kertas soalan bahasa Cina UPSR mengandungi soalan yang berdasarkan bahasa Cina SPM adalah tidak benar.

"Kertas soalan bahasa Cina UPSR 2015 dibina berdasrkan sukatan pelajaran mata pelajaran bahasa Cina.

"Lembaga Pepepriksaan mempunyai porsedur standard untuk mentapkan kriteria pemilihan petikan teks seperti kepanjangan teks, konteks teks (skp dan dimensi), laras dan kebolehbacaan teks, kesesuaian sosio-budaya dan kosa kata yang digunakan," katanya.

Beliau menjawab soalan Limng Chai Yew (DAP-Sibu) mengenai mengapa kertas soalan UPSR bahasa Cina mengandungi soalan yang berdasarkan soalan SPM bagi mata pelajaran itu.

Mahdzir turut memaklumkan bahawa kandungan dalam buku teks atau sumber yang terhad, petikan dari mana-mana sumber yang authentik termasuk sumber petikan dari neghara China boleh digunakan.

"Asalkan pemilihan petikan tersebut bersesuaian dan memenuhi kriteria yang ditetapkan," katanya yang juga MP Padang Terap.

Lihat Komen
ADS