Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wahid: Statistik pegangan ekuiti Bumiputera sedang dikira
Diterbitkan:  Nov 24, 2015 12:30 PM
Dikemaskini: 4:34 AM

Statistik pemilikan ekuiti bumiputera terkini bagi tahun 2014 masih dalam proses pengiraaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

"Pada masa ini, maklumat kawalan pengurusan, termasuk pemilikan ekuiti terkini (bumniputera) iaitu tahun 2014 masih dalam proses pengiraan dan penganalisaan data," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) berkaitan nilai dan peratusan pemilikan ekuiti bumiputera terkini.

Pada statistik terakhir 2011, kumpulan Bumiputera memiliki ekuiti 23.5 peratus berbanding 32.2 peratus yang dimiliki kaum Cina sementara 37.2 peratus lagi dimiliki oleh warga asing.

Kerajaan mensasarkan pencapaian sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan ekuiti pada 2020.

Abdul Wahid berkata dalam Rancangan Malaysia Ke-11, Perdana Menteri Datuk Seri Naib Razak menggariskan beberpa rancangan dan tindakan untuk meningkatkan pemilikian ekuiti tersebut.

Ini termasuk antaranya memperluaskan strategi pelaburan, meningkatkan pelupusan aset dan aktiviti bukan teras syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

Lihat Komen
ADS