Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa ketua cawangan yang membuat desakan kepada presiden parti itu supaya meletak jawatan terdiri daripada pemimpin yang kecewa dengan ketua bahagian masing-masing.

Kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu, tindakan ketua cawangan terbabit hanya untuk memalukan pemimpin atasan mereka.

"Itu kumpulan kecewa dalam bahagian. Jadi kadang-kadang tindakan yang dibuat itu bukan menentang Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno, tetapi hanya nak memalukan ketua bahagian mereka.

"Kadang-kadang ianya merupakan isu dalaman. Kumpulan ini ada yang kalah bertanding dengan ketua bahagian, jadi kem yang kalah masuk kem lain," katanya.

Menurut Ismail Sabri, tujuan utama ketua cawangan terbabit bukanlah membuat desakan terhadap Najib itu sebaliknya memalukan ketua bahagian masing-masing.

Ismail berkata demikian ketika sesi rehat di majlis graduasi Sijil Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) di Wisma Felcra di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut mengenai dakwaan Ketua Umno Cawangan Kulai Jaya 2, Zainuddin Abdul Hamid bahawa akan ada lebih banyak gerakan besar-besaran akan dibuat selepas ini bagi menolak Najib kerana merasakan diri mereka tersisih.

Lihat Komen
ADS