Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TKM nafi usaha rampasan kuasa ADUN PKR P Pinang
Diterbitkan:  Nov 24, 2015 1:47 PM
Dikemaskini: 5:52 AM

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Rashid Hasnon menafikan terdapat usaha rampasan kuasa oleh salah seorang ADUN PKR di negeri itu, sepertimana yang dibayangkan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Di sini saya ingin perjelaskan bahawa perkara itu adalah tidak benar sama sekali," tegas ADUN PKR Pantai Jerejak itu dalam kenyataannya petang ini.

"Saya bersama pimpinan dan ADUN-ADUN PKR Pulau Pinang tetap bersatu di dalam usaha mengangkat agenda Reformasi dan perubahan yang menjadi harapan rakyat Pulau Pinang." katanya.

Beliau mengulas kenyataan Lim kelmarin yang membayangkan rampasan kuasa dalam PKR Pulau Pinang diketuai ketua whip PKR di Dewan Undangan Negeri Ong Chin Wen.

Setiasuaha Agung DAP itu mendakwa Ong mensasarkan jawatan timbalan ketua menteri yang kini dipegang Rashid.

Ia susulan lima wakil rakyat PKR yang berkecuali daripada mengundi usul daripada ADUN Umno yang menggesa ketelusan berhubung projek penambakan laut.

PKR bagaimanapun hari ini menjelaskan mereka berpuas hati dengan penjelasan mereka dan menyifatkan keputusan yang dibuat "mengikut suara hati".

Mengulas lanjut, Rashid optimis isu penambakan laut dan yang berkaitan dengannya boleh diselesaikan mengikut semangat dan kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat.

Lihat Komen
ADS