Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM nafi ada tawar ganjaran guna dana RM2.6b
Diterbitkan:  Nov 24, 2015 5:50 PM
Dikemaskini: 9:52 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan maklumat palsu melalui media sosial yang mendakwa badan itu menawarkan ganjaran atau pampasan menggunakan wang RM2.6 bilion iaitu kes yang sedang disiasat.

Suruhanjaya itu juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan ‎mendakwa ketua pesuruhjayanya RM2.6 bilion dari akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diisytiharkan sebagai sumbangan untuk dibayar kepada rakyat menentang keganasan.

‎"Maklumat yang sedang disebarkan ini adalah palsu, yang dipercayai dikeluarkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab," tegas suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.

"SPRM juga berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat penyebaran maklumat palsu ini, di mana secara langsung menjejaskan nama dan reputasi SPRM," kata badan penguatkuasa itu lagi.

Ekoran itu, SPRM berkata pihaknya telah membuat laporan polis berhubung dakwaan berkenaan dan menasihatkan orang ramai agat tidak terpengaruh serta menyebarkan mesej berkaitan dakwaan itu kepada pihak lain.

Lihat Komen
ADS