Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAPSY S'gor nafi naik kain rentang tolak Azmin
Diterbitkan:  Nov 25, 2015 5:56 AM
Dikemaskini: Nov 25, 2015 2:51 AM

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Selangor menafikan memasang kain rentang di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya yang menunjukkan parti itu memutuskan hubungan dengan PKR Selangor dan menolak kepimpinan Azmin Ali sebagai menteri besar.

Sebaliknya Ketua DAPSY Selangor, Teh Hoong Keat berkata pergerakan belia itu menyokong penuh kepimpinan PKR Selangor dan menteri besar.

"Kami tidak memasang kain rentang itu. Ia hanya perbuatan pihak tidakbertanggungjawab yang mahu merosakkan imej parti," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Teh diminta mengulas mengenai kain rentang itu yang dikatakan dipasang DAPSY yang tertera tulisan 'DAPSY Selangor akan memutuskan hubungan dengan Selangor" dan "Kami menolak Azmin Ali sebagai MB Selangor".

Beliau percaya kain rentang itu dipasang ketika Kongres Nasional DAPSY di stadium berkenaan Ahad lepas.

Teh berkata DAPSY sudah menurunkan kain rentang itu dan satu laporan polis akan dibuat sama ada hari ini atau Khamis.

Sementara itu, beliau berkata pergerakan berkenaan mahu kerajaan negerimewujudkan kerajaan Pakatan Harapan seperti yang dilakukan di Pulau Pinang.

Pakatan Harapan terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN), iaitu kumpulan serpihan PAS.

Mohamed Azmin sebelum ini dilaporkan berkata tiada keperluan untuk mewujudkan kerajaan Pakatan Harapan di Selangor kerana senario politik di negeri itu berbeza dengan Pulau Pinang.

- Bernama

Lihat Komen
ADS