Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SU Umno Perak: Pemecatan Hamidah bukan mengejutkan
Diterbitkan:  Nov 25, 2015 6:31 AM
Dikemaskini: 10:36 PM

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Saarani Mohammad berkata pemecatan Ketua Wanita Umno bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman daripada parti itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Beliau berkata ini kerana laporan pelanggaran disiplin parti oleh Hamidah telah dikemukakan oleh Umno bahagian Gopeng kepada Lembaga Disiplin parti.

"Sudah tentu MT (Majlis Tertinggi Umno) memperakukan syor Lembaga Disiplin berasaskan bukti-bukti yang kukuh.

"Setahu saya Lembaga Disiplin tidak membuat keputusan berasaskan 'dengar cakap' semata-mata. Biasanya tertuduh dipanggil untuk membela diri," katanya kepada Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) malam tadi.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Perak, Datuk Mohd Khusairi Abd Talib berkata keputusan yang dibuat MT adalah tepat.

Mesyuarat MT Umno yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden parti hari ini membuat keputusan memecat Hamidah daripada parti.

- Bernama

Lihat Komen
ADS