Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hamidah hairan dipecat, adakan sidang akhbar Jumaat ini

Ketua Wanita Umno bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman hairan kerana dipecat daripada parti, semalam.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan akan mengadakan sidang media mengenai pemecatannya Jumaat ini.

“Hairan juga (dipecat), tapi tidak apa, saya akan buat sidang media Jumaat ini,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Semalam Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Hamidah dipecat dari parti itu atas alasan berkaitan disiplin.

Hamidah yang juga ketua penerangan Wanita Umno berkata, beliau tidak dimaklumkan awal mengenai pemecatannya sebaliknya mengetahui perkara tersebut apabila dihubungi oleh wartawan.

“Saya tidak tahu (saya dipecat), media hubungi saya katakan bahawa disebut dalam sidang media (yang dipengerusikan Najib). Saya tidak tahu apa-apa,” katanya.

Hamidah turut dilayangkan surat tunjuk sebab kerana hadir di Lapangan Terbang Subang untuk menyambut kepulangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini

Beliau juga lantang membidas Najib dan pernah mendesak supaya beliau melepaskan jawatan kerana terpalit dengan isu RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadinya.

Hamidah adalah jugadan bekas Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional).

Lihat Komen
ADS