Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysiakini.

Katanya, ia adalah berkenaan dengan komennya yang mencadangkan warga kota supaya ‘bangkit’ lebih awal untuk mengelakkan tol dan migrasi penduduk dari bandar ke luar bandar yang didakwa dilaporkan di luar konteks.

Secara khusus, beliau memetik video yang disiarkan yang menunjukkan rakaman ucapannya mengenai "migrasi" itu dan orang ramai diminta mengulas mengenainya.

"Malaysiakini memilih untuk memuat naik video mengenai voxpop orang ramai berhubung kenyataan migrasi penduduk yang telah disunting, tanpa memberi konteks sebenar di sebalik jawapan saya.

"Kenyataan yang tidak lengkap memberi gambaran bahawa saya tidak sensitif dan menghina penduduk bandar sehingga ia menjadi bahan lawak di laman media sosial untuk menghina saya," kata Rahman pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Katanya, peguamnya sudah diarahkan untuk memulakan tindakan undang-undang berkenaan.

"Biarlah tindakan ini menjadi satu peringatan bahawa portal media atas talian perlu bersifat lebih profesional, tidak mengkompromi fakta dan tidak bertujuan menghina.

"Sesungguhnya saya percaya media atas talian mempunyai tanggungjawab yang besar sebagai ejen pemangkin yang penting dalam mendorong evolusi negara bangsa," katanya.

[Baca berita penuh]

Kenyataan MediaAbdul Rahman Dahlan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan November 25, 2015 ...

Posted by Dato' Abdul Rahman Dahlan on Tuesday, 24 November 2015

Lihat Komen
ADS