Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Penasihat Perniagaan Shamsubahrin Ismail hari ini memohon maaf kepada Pengerusi National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) Datuk Seri Mohd Salleh Ismail di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Permohonan maaf Shamsubahrin dibuat di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab.

"Saya, Shamsubahrin memohon maaf atas posting di laman Facebook saya terhadap Salleh, isterinya dan tiga anak-anak mereka serta," kata Shamsubahrin dalam mahkamah terbuka.

Salleh berkata beliau menerima permohonan maaf itu dan akan menarik balik laporan polis yang dibuat ke atas Shamsubahrin.

Zaki kemudiannya memerintahkan saman itu dibatalkan. Tiada perintah dibuat berhubung kos.

Salleh pada 3 Julai lalu memfailkan saman terhadap Shamsubahrin, yang juga adalah bekas perunding syarikat berkenaan dengan mendakwa lelaki itu pada kemas-kini Facebook memfitnah dirinya.

Salleh dalam pernyataan tuntutannya berkata Shamsubahrin telah memuat naik enam kenyataan yang mengandungi kata-kata fitnah terhadap beliau di akaun Facebook milik Shamsubahrin Ismail Tom antara 19 Mei tahun lalu dan 23 Jun tahun ini, yang boleh diakses oleh orang ramai.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS