Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Projek bauksit, speaker 'tidak rasional', kata MP

PARLIMEN l Ahli parlimen PKR hari ini membidas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana didakwa bertindak tidak munasabah dengan menolak rayuan penduduk di Kuantan yang menentang projek bauksit di Pahang.

"Alasan yang digunakan oleh Speaker adalah remeh dan tidak boleh diterima. Speaker memberikan alasan yang tidak masuk akal kepada saya dan tidak munasabah," kata Fuziah Salleh (PKR-Kuantan).

Menurut beliau, speaker menolak rayuan itu atas alasan bahawa dua ahli parlimen membawa petisyen itu sedangkan Aturan Mesyuarat yang ditetapkan ialah ia perlu dilakukan hanya oleh seorang ahli parlimen.

Speaker juga tidak berpuas hati kerana kekurangan nama dan tandatangan pada setiap petisyen.

Fuziah kemudian terpaksa menarik balik perkataan "tidak munasabah" berikutan bantahan oleh Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamed Said.

"Saya tidak membenarkan ini, tarik balik 'tidak munasabah'," katanya.

Fuziah kemudian menjawab: "Tidak munasabah adalah bagaimana saya rasa. Saya akan gunakan (perkataan) tidak rasional."

Katanya, Dewan Rakyat tidak seharusnya mengabaikan suara penduduk atas alasan teknikal.

Sebelum ini, memetik laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Fuziah berkata empat batang sungai di Kuantan kini tercemar teruk dengan magnesium.

Laporan itu, yang berdasarkan pemeriksaan pada 24 dan 25 Ogos lalu di sungai-sungai di Riau, Mabok, Pinang dan Pengorak mendapati tahap pencemaran magnesium kini pada kelas 5.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS