Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dua juruterbang pesawat perang Rusia dipercayai masih hidup
Diterbitkan:  Nov 25, 2015 2:55 PM
Dikemaskini: 7:03 AM

GLOBAL Dua juruterbang daripada pesawat perang Rusia yang ditembak oleh Turki di sempadan Syria dipercayai masih hidup.

AFP melaporkan, pihak berkuasa Turki kini sedang mencari juruterbang terbabit, kata pegawai kerajaan Turki pada Selasa.

"Pihak Turki mempunyai maklumat bahawa kedua-dua juruterbang masih hidup dan sekarang pihak Turki sedang cuba untuk mendapatkan mereka kembali," kata pegawai itu.

Di Rusia, jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov pula berkata, mereka "tidak ada maklumat rasmi" tentang nasib juruterbang daripada pesawat yang dijatuhkan itu.

Selain itu, televisyen CNN-Turk pula melaporkan, pasukan Syrian Turkmen yang melawan rejim Damsyik telah menawan salah seorang juruterbang tersebut manakala sumber pihak pembangkang Syria memberitahu AFP bahawa salah seorang juruterbang tersebut telah dibunuh oleh pemberontak manakala seorang lagu telah hilang.

Dalam kejadian berasingan, sumber memberitahu AFP di Beirut bahawa, helikopter Rusia di kawasan sama di Syria telah dimusnahkan oleh pemberontak di atas tanah selepas terpaksa membuat pendaratan kecemasan berikutan kerosakan dari tembakan pemberontak.

Seorang sumber tentera Syria memberitahu AFP bahawa satu unit pasukan khas rejim Syria menyelamatkan sedozen pasukan komando yang kuat dari Rusia dan membawa mereka kembali ke kubu rejim itu di Latakia.

Lihat Komen
ADS