Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menjangka laporan siasatannya berhubung isu syarikat pelaburan negara 1MDB yang sarat hutang akan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat yang akan datang.

"PAC berharap dapat membentangkan laporan mengenai pentadbiran 1MDB di Parlimen selewat-lewatnya pada Mac 2016," kata Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin dalam satu kenyataan hari ini.

Jawatankuasa itu hari ini mengadakan sesi keempat siasatan terhadap 1MDB dengan menyoal bekas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) firma itu, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Mereka akan menyoal Shahrol sekali lagi pada Isnin ini dan mula mengasak presiden semasa 1MDB Arul Kanda Kandasamy pada Selasa.

"Siasatan terhadap 1MDB perlu menyeluruh dengan memanggil semua saksi bagi memastikan laporan jawatankuasa adalah telus, menyeluruh serta adil," katanya.

Beliau hari ini mempengerusikan mesyuarat PAC berhubung prosiding keempat Pengurusan Kawalan Tadbir Urus 1MDB di Parlimen.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS