Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata keputusan muktamad belum dibuat berhubung sekatan media membuat liputan Perhimpunan Agung Umno bulan depan.

"Saya tak sebut tiada liputan media. Bila mereka tanya saya pagi ini, saya kata saya belum putuskan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen petang ini.

Pagi ini, Tengku Adnan berkata media hanya dibenarkan membuat liputan mengenai perkembangan dan maklumat harian melalui dua Naib Presidennya, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi sidang akhbar harian.

Menteri Wilayah Persekutuan itu juga masih pertimbangkan untuk membenarkannya liputan ucapan perasmian Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak atau sebaliknya termasuk ucapan penggulungan.

"Kami masih pertimbangkan sama ada untuk benarkannya (liputan) atau sebaliknya. Begitu juga dengan ucapan penggulungan.

"Kita tidak benarkan media berlegar merata-rata. Kita tidak akan pancar apa yang berlaku di dalam Dewan Merdeka kepada televisyen litar seperti sebelum ini," katanya.

Kenyataan terbaru Tengku Adnan dibuat selepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata kepimpinan Umno tidak tahu menahu mengenai sekatan media itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS