Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suhakam mahu definisi rogol dalam perkahwinan diperjelas
Diterbitkan:  Nov 26, 2015 7:00 AM
Dikemaskini: 11:02 PM

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa kerajaan meminda pengecualian rogol dalam perkahwinan daripada definisi rogol yang terkandung dalam Kanun Keseksaan.

"Ini bagi mencerminkan realiti penderaan seksual yang dialami wanita, sama ada yang berkahwin atau belum berkahwin," kata Pemangku Pengerusi Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee dalam kenyataan media sempena memperingati Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita semalam.

Beliau berkata rogol yang dilakukan oleh pasangan hidup, tidak kurang jijiknya daripada kes rogol yang dilakukan oleh orang yang tidak dikenali.

Menurutnya Suhakam membuat gesaan itu kerana ia selari dengan perisytiharan ASEAN mengenai Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita dan Penghapusan Keganasan Terhadap Kanak-kanak, yang mahukan negara-negara anggotanya mengambil langkah untuk menghapuskan semua bentuk diskriminasi terhadap wanita selain memperbaiki perundangan sedia ada.

"Suhakam berpendapat walaupun banyak perkembangan dan inisiatif dalam menangani isu keganasan berasaskan gender, namun kes-kes keganasan terhadap wanita masih berlaku di Malaysia," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS