Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Paul Stadlen bukan kakitangan kerajaan'
Diterbitkan:  Nov 26, 2015 11:00 AM
Dikemaskini: 3:08 AM

PARLIMEN Bekas bos Apco Malaysia Paul Stadlen, yang didakwa mengendalikan operasi media Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, bukan merupakan kakitangan kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

"Paul Stadlen bukan merupakan kakitangan kerajaan," kata Azalina dalam jawapan bertulis kepada Parlimen semalam..

"Sehubungan dengan itu, beliau tidak diberi sebarang elaun dan gaji oleh kerajaan," tambahnya.

Laman web Sarawak Report telah mendakwa bahawa Stadlen mengetuai operasi komunikasi Pejabat Perdana Menteri.

Azalina juga mengesahkan bahawa Tan Sri Lim Kok Wing, yang meletak jawatan sebagai penyelaras program khas Najib, tidak pernah dibayar oleh kerajaan.

"Beliau tidak diberi sebarang elaun dan gaji semasa menjawat jawatan tersebut," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS