Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Maruah Melayu tercabar kerana tak mampu milik rumah'
Diterbitkan:  Nov 26, 2015 11:31 AM
Dikemaskini: 3:39 AM

PARLIMEN l Kemampuan orang Melayu, terutamanya mereka dalam golongan berpendapatan rendah (B40) tercabar dengan harga rumah yang mahal, khususnya di Selangor dan Pulau Pinang, kata kerajaan hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said membuat kenyataan demikian ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa kedudukan maruah Melayu yang dikatakan tercabar.

"Berkaiatan tentang kedudukan maruah Melayu yang dikatakan tercabar, sememangnya terdapat kebimbangan tentang kemapuan pemilikan tanah dan rumah oleh orang Melayu.

"Kerisauan ini ada asasnya, tatkala kita melihat contoh-contoh seperti yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor, di mana tanah-tanah untuk kediaman atau projek-projek perumahan yang dijual oleh pemaju adalah terlalu tinggi dan tidak mampu dibeli oleh orang Melayu, terutamanya golongan berpendapatan rendah ( B40)," kata Azalina dalam jawapan bertulis di parlimen.

Menurutnya, keadaan itu secara tidak langsung menyebabkan pemilikan aset hartanah oleh orang Melayu semakin rendah dan berkurangan.

Azalina menjawap soalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) yang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan laporan mengenai kedudukan maruah Melayu yang dikatakan tercabar.

Wan Azizah juga ingin tahu mengenai perangkaan kedudukan tanah-tanah rizab Melayu yang ditukar status, nisbah kakitangan awam Melayu dan ekuiti ekonomi Melayu yang telah berpindah milik.

Azalina dalam jawapannya sekadar berkata ekuiti bumiputera dalam sektor korporat pada 2011 hanya sebanyak RM211.5 bilion atau 23.5 peratus, iaitu lebih rendah berbanding sasaran asal iaitu 30 peratus.

Beliau juga berkata terdapat 1.6 juta kakitangan awam yang sebahagian besarnya adalah bumiputera bagi tahun 2014.

“Walaupun nisbah bumiputera berbanding bukan bumiputera adalah lebih tinggi, namun di sektor-sektor swasta terutama dalam bidang profesional serta di peringkat pembuat keputusan, kaum Melayu masih rendah,” katanya.

Maruah Melayu baru-baru ini menjadi topik hangat, selepas kira-kira 50,000 orang hadir untuk bantahan mempertahankan hak Melayu pada 16 September

Demo ‘baju merah’ itu dikatakan adalah susulan perhimpunan BERSIH 4 yang didominasi oleh kaum Cina.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS