Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Adik bongsu Kevin Morais bidas kredibiliti SD Charles
Diterbitkan:  Nov 27, 2015 11:20 AM
Dikemaskini: 3:24 AM

Adik kepada Timbalan Pendakwa Raya Kanan Anthony Kevin Morais yang mati dibunuh mempersoalkan kredibiliti pengakuan bersumpah (SD) yang dibuat abangnya berhubung pen drive yang mempunyai maklumat penting berkaitan personaliti berkuasa di negara ini.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini melaporkan Datuk Richard Morais, anak bongsu daripada kalangan empat adik-beradik Morais itu meragui dengan pengakuan yang dibuat abangnya, Charles Suresh, 52.

Charles mendakwa ada konspirasi dalam pembunuhan Kevin, pegawai kanan di Jabatan Peguam Negara yang dakwanya sedang mengendalikan kes yang melibatkan perdana menteri dan isterinya.

Bagaimanapun, Utusan melaporkan Richard, 49, meragui tindakan Charles yang tiba-tiba tampil dengan maklumat berkenaan seolah-olah beliau begitu rapat dengan Kevin sehingga Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan dari Jabatan Peguam Negara itu mengirim maklumat tersebut.

“Tidakkah pelik jika Kevin menghantar maklumat penting itu kepadanya (Charles) sedangkan namanya tidak tersenarai dalam wasiat Kevin malah, dia juga tidak membayar satu sen pun kos pengebumian mendiang sebaliknya ditanggung sepenuhnya oleh saya.

“Kevin juga seorang yang tegas dan tidak berkongsi maklumat terutama mengenai kerjanya termasuk kepada ahli keluarga. Saya ragu bagaimana mendiang boleh kirim maklumat itu,” katanya yang dipetik akhbar itu.

Charles, seorang ahli perniagaan yang berpangkalan di Altanta, bagaimanapun memberi kenyataan bercanggah dengan versi Richard berhubung urusan pengebumian abang mereka.

Dalam SD yang dibuatnya, Charles mendakwa sepupu mereka Jamie dari London membayar yuran bil awal, dan beliau (Charles) membayar bakinya kerana “kedua-dua Richard dan David tidak berada dalam kedudukan kewangan untuk berbuat demikian".

SD ini juga memuatkan penampilan tidak baik mengenai tingkah laku Richard semasa pengebumian.

Charles mendakwa beliau memiliki pen drive dengan butir-butir kes yang dikendalikan oleh abangnya.

Beliau mendakwa pen drive itu kini bersama seorang individu di Amerika Syarikat yang telah diarahkan untuk mendedahkan kandungan jika sesuatu yang tidak diingini telah kepadanya.

Sementara itu Richard menggesa Charles supaya segera mengemukakan bukti yang didakwa diperolehnya itu dan bukan hanya sekadar bercakap kosong.

Beliau turut meminta pihak polis melakukan siasatan terhadap dakwaan itu.

Richard kini berada di Perak bagi mewakili abangnya, Kevin untuk menerima darjah kebesaran dari Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS