Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Charles tentu jangkakan ‘periuk api’ dengan pendedahan SD
Diterbitkan:  Nov 27, 2015 12:37 PM
Dikemaskini: 5:05 AM

Bagi pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang - Charles Suresh Morais, yang mengejutkan negara dengan akuan sumpah berkanun (SD) pada Rabu lalu mungkin seorang penipu ataupun seseorang yang yakin bahawa dakwaannya adalah benar.

Bagaimanapun, kata Lim, beliau tidak pernah berjumpa dengan adik timbalan pendakwa raya kanan Kevin Anthony Morais yang mati dibunuh itu dan beliau tidak berada dalam kedudukan untuk menilai personaliti atau wataknya.

Dalam perkembangan yang sama, Lim yang juga adalah ahli parlimen Gelang Patah, percaya tokoh perniagaan yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu sedar beliau sedang menjejakkan kakinya di kawasan yang penuh dengan periuk api.

"Saya akan berfikir bahawa sebagai lelaki berpengalaman, Charles tahu bahawa dia bukan sahaja berdepan dengan risiko kisah lampaunya diselongkar tetapi ada juga cubaan membunuh wataknya jika beliau meneruskan pendedahan itu - dia mesti sudah berfikir panjang.

"Sama ada Charles adalah penipu besar, atau cuba mendapatkan wang atau apa yang beliau dakwa itu adalah kebenaran - tindakannya adalah untuk melindungi memori abangnya, "kata Lim dalam satu kenyataan media.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS