Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sepanduk - RM100 jika daftar jadi ahli palsu, kata PKR

Sehelai kain rentang yang mendakwa orang ramai yang mendaftar menjadi ahli PKR adalah palsu, kata parti berkenaan.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, kain rentang itu adalah angkara musuh-musuh parti.

"Berdasarkan laporan dalaman, pelbagai kain rentang provokatif dinaikkan di seluruh Lembah Klang termasuk di Shah Alam dan Gombak.

"Antara lain, kain rentang itu mendakwa bahawa PKR akan membayar RM100 bagi setiap ahli baru, atau bahawa terdapat ‘Langkah Rawang’ untuk menggantikan Menteri Besar (Azmin Ali).

"Kain rentang ini membuat dakwaan yang sama sekali liar, palsu dan tidak berasas. Saya kecam mereka," Fahmi kepada Malaysiakini.

Beliau berkata anggota parti juga telah diarahkan untuk menurunkan kain rentang palsu berkenaan.

Gambar berhubung tawaran RM100 itu disebarkan di media sosial hari ini.

Menurut kain rentang itu, mereka yang mendaftar untuk menyertai parti boleh menuntut wang tersebut di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS