Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, beliau menghormati keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang meluluskan usul khas bagi menghalang kemasukan beliau ke negeri itu.

“Saya menghormati keputusan Dewan Undangan Negeri Sabah walaupun ia benar-benar menyakitkan saya, saya suka negeri itu.

"Apa pun yang berkenaan, saya akan berusaha sedaya upaya untuk untuk membersihkan nama saya susulan terdapat tuduhan tidak berasas yang dibuat,” katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur.

Beliau mengakui bahawa usul yang diluluskan adalah dalam bidang kuasa DUN untuk menghalang mana-mana individu masuk ke negara itu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Raymond Tan membentangkan usul khas, semalam, mengecam Nurul Izzah, dan juga Ahli Parlimen Batu Tian Chua berhubung pertemuan mereka dengan Jacel Kiram yang mendakwa dirinya sebagai Puteri Sulu di Manila pada 9 November lalu.

Beliau mendakwa pertemuan itu dilihat sebagai satu penghinaan kepada kedaulatan Sabah.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah berkata bahawa tidak ada asas berhubung dakwaan khianat yang dibuat terhadap beliau.

"Sudah tentu, tidak ada asas kepada dakwaan pengkhianatan. Saya sudah memfailkan saman semalam, saya bukan pengkhianat kepada Malaysia.

“Saya sayangkan negara saya dan menyatakan akan mempertahankan kedaulatan Sabah, sebagai sebahagian daripada Persekutuan," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS