Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Selepas Nurul, Tian Chua pula akan disoal siasat
Diterbitkan:  Nov 28, 2015 11:38 AM
Dikemaskini: Dec 4, 2015 3:53 AM

Bukit Aman akan memanggil Ahli Parlimen PKR Batu, Tian Chua untuk disoal siasat berhubung pertemuan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dengan puteri Sulu Jacel Kiram, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ia selepas Nurul Izzah disoal siasat berkaitan perkara yang sama di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam.

Khalid juga berkata siasatan terhadap Nurul adalah mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan sabotaj, tetapi beliau tidak menyatakan sama ada Tian Chua juga akan disiasat di bawah seksyen itu.

Ketua polis berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadir upacara perbarisan tamat latihan kadet inspektor di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis di ibunegara.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS