Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Timbalan presiden PKR boleh rasmi sayap, sindir Rafizi

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sinis berkata partinya bukan seperti Umno di mana timbalan presiden Umno tidak akan merasmikan perhimpunan agung sayap parti itu.

“Kita berjaya jalankan kongres kita dalam suasana adik-beradik dan muafakat,

“Tidak seperti parti Melayu terbesar di negara ini, paling kurang timbalan presiden kita boleh merasmikan kongres nasional peringkat wanita semalam,” katanya dalam ucapan pembukaan di Kongres Nasional Tahunan ke-11 hari ini di Shah Alam.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali merasmikan kongres nasional peringkat wanita semalam.

Tidak seperti kelazimannya bagi setiap perhimpunan agung Umno, kali ini Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan merasmikan mesyuarat perwakilan tiga sayap parti itu yang dijadualkan bulan depan.

Sebaliknya mesyuarat perwakilan ketiga-tiga sayap Umno itu akan dirasmikan oleh pemimpin masing-masing.

Sementara itu, Rafizi berkata negara mengalami krisis kepimpinan yang paling buruk pernah berlaku.

“Saya memohon dan menyeru kita gunakan sepenuh peluang yang ada pada hari ini untuk kita garap kekuatan kita.

“Kita pupuk peraduan dan kita bina rakyat supaya kita dapat pastikan Najib Tun Razak jangan lagi jadi perdana menteri,” katanya.

Lihat Komen
ADS