Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KDN siasat dakwaan MYEG lantik ejen daftar pekerja asing
Diterbitkan:  Nov 28, 2015 9:58 PM
Dikemaskini: 4:55 PM

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyiasat dakwaan bahawa syarikat MYEG Services Berhad atau pegawainya melantik ejen untuk pendaftaran atau pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) pekerja asing, kata Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata terdapat aduan bahawa MYEG yang merupakan syarikat tunggal melaksanakan pendaftaran PLKS secara atas talian, telah melanggar syarat yang menetapkan syarikat itu tidak boleh melantik mana-mana ejen luar untuk tujuan tersebut.

"KDN sedang siasat MYEG atau pegawainya jika terlibat, sebab kita terima banyak laporan bahawa syarikat itu melantik ejen untuk daftar pekerja asing.

"Jika benar tindakan mereka ini, ia boleh menyulitkan kerja-kerja Jabatan Imigresen dalam mengawal kemasukan pekerja asing," kata Nur Jazlan.

Beliau berkata demikian selepas mengikuti operasi menahan pendatang asing tanpa izin (Pati) oleh Jabatan Imigresen, Rela dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Bukit Damar, di sini pada awal pagi Sabtu.

Pada 5 November lepas, Nur Jazlan berkata MYEG yang juga penyedia perkhidmatan atas talian bagi jabatan-jabatan telah menafikan dakwaan bahawa syarikat itu telah melantik ejen untuk melaksanakan pendaftaran dan pembaharuan PLKS.

- Bernama

Lihat Komen
ADS