Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Naib Presiden PKR dan MP Batu Tian Chua hari ini memohon maaf kepada rakyat Sabah.

Bagaimanapun, katanya, ia bukan disebabkan dakwaan menjadi dalang kepada pertemuan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan anak perempuan kesultanan Sulu, Jacel Kiram.

Sebaliknya, katanya, permohonan maaf itu dibuat kerana tidak dapat bersama-sama rakyat negeri itu menentang Umno dan BN pada pilihan raya umum akan datang ekoran dihalang untuk memasuki negeri itu.

"Sejak dinafikan hak masuk Sarawak, sekarang Sabah pula. Saya telah diminta oleh penguasa BN untuk meminta maaf pada orang Sabah.

"Jadi saya ingin meminta maaf kepada orang Sabah kerana tidak dapat bersama-sama dengan anda semua untuk menjatuhkan Umno-BN," katanya.

Permohonan maaf itu dibuat sewaktu beliau menyampaikan ucapan penggulungan diu Kongres Nasional PKR Ke-11 di Shah Alam hari ini.

DUN Sabah sebelum ini telah meluluskan usul khas melarang Tian yang juga MP Baru dan MP Lembah Pantai Nurul Izzah memasuki Sabah.

Sebanyak 47 ADUN Sabah menyokong usul khas di bawah Peraturan Tetap 31(3), tiga ADUN berkecuali.

Mmanakala lima ADUN pembangkang daripada PKR dan DAP tidak mengundi untuk tidak bersetuju, sebaliknya bertindak keluar dewan sebelum pengundian.

Dalam ucapannya juga, Tian Chua juga berkata kongres itu adalah tempat pemimpin PKR memberi pandangan sekaligus mengotakan janji mereka kepada pengundi.

"Kongres ini masa untuk kita mengusulkan cadangan dan tunaikan janji kita kepada pengundi di luar," katanya.

Sementara itu, dalam ucapan penggulungannya Nurul Izzah berkata pakatan pembangkang akan membuktikan kepada rakyat siapa pengkhianat sebenar negara.

Beliau berkata meskipun menjadi bahan tohmahan ekoran pendedahan gambar itu namun beliau tidak akan berhenti untuk memperjuangkan kedaulatan negeri itu.

"Saya akan tetap pertahanan kedaulatan Sabah. Kita akan buktikan siapa pengkhianat yang sebenar, tunjukkanlah wajah sebenar, jangan guna alasan politik seperti ini untuk memberi persepsi buruk," katanya Nurul Izzah.

Anak sulung kepada ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menegaskan walaupun keputusan DUN Sabah baru-baru ini sukar diterima tetapi ia sesuatu yang perlu dihormati.

"Saya terpaksa menerima keputusan DUN tetapi kasih kepada Sabah tidak akan berbelah bagi," tambahnya.

Lihat Komen
ADS