Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ADUN Tanjung Bungah tewas pemilihan, Chow menang

ADUN DAP Tanjung Bungah Teh Yee Cheu yang mencetuskan kemarahan parti menyokong usul Umno berhubung isu penambakan laut di DUN baru-baru ini, gagal menempatkan diri di kalangan 15 teratas bagi pemilihan jawatankuasa DAP Pulau Pinang.

Khabar angin bahawa beliau disokong oleh gerakan pro-BN bagi menjejaskan kestabilan DAP dan kerajaan Pulau Pinang mungkin menyebabkan beliau tewas pemilihan hari ini.

Teh adalah pencinta alam sekitar tetapi keberanian beliau mencadangkan had dua penggal bagi jawatan ketua menteri di DUN juga menyebabkan beliau kalah dalam pemilihan jawatankuasa DAP negeri itu.

Penyandang Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow sekali lagi memenangi pemilihan DAP Pulau Pinang, mengesahkan bahawa pengaruhnya masih kukuh dan tidak dicabar di negeri ini.

Beliau besar kemungkinan dilantik semula sebagai ketua DAP Pulau Pinang.

Exco Perumahan dan ADUN Dato Keramat Jagdeep Singh Deo menang bagi kedudukan undi kedua terbanyak membuktikan sentimen mendiang Karpal Singh masih utuh di hati anggota parti.

Disusuli MP Bukit Bendera Zairil Khir Johari, calon Melayu yang menduduki tempat ketiga dalam pemilihan parti.

Dengan 766 perwakilan (70 percent turnout) yang mengundi beliau, DAP boleh berkata mereka bukan parti chauvanis Cina seperti yang didakwa sesetengah ppihak.

15 pemimpin lain yang terpilih adalah:

4. Lim Hui Ying

5. Law Heng Kiang (Danny)

6. P Ramasamy

7. Goh Choon Keong

8. Lim Siew Khim

9. Wong Hon Wai

10. Ng Wei Aik

11. Soon Lip Chee

12. Lay Hock Peng

13. Tanasekharan Autherapady

14. Phee Boon Poh

15. Sim Chee Keong (Steven)

Terdapat 48 calon yang menawarkan diri bertanding jawatan kuasa DAP negeri. Lima lagi akan dilantik untuk menjadikannya 20 anggota.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS