Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Maklumat SD serius, kita mahu dengar dari peguam, kata IGP

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mempertahankan tindakan polis untuk memanggil peguam Americk Sidhu untuk disoal siasat.

Katanya, Americk akan disoal kerana beliau membantu ahli perniagaan Charles Suresh Morais menyediakan akuan bersumpahnya (SD).

"Ya (Charles menandatangani SD itu), tetapi seperti saya katakan sebelum ini, maklumat SD itu adalah serius, kita mahu mendengar daripada peguam yang bantu sediakannya. Ini serius.

"Bagi Charles, kita tidak tahu bila... Kita telah panggilnya tetapi dia telah larikan diri, dan kita tidak tahu bila kita akan dapatkannya untuk bantu (siasatan)," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Americk hari ini bahawa polis sepatutnya menyoal Charles dan bukan dirinya kerana yang mengesahkan maklumat SD itu.

Khalid berkata, polis mahu tahu apa yang berlaku antara Americk ( kanan ) dan Charles, sebelum usahawan itu meninggalkan negara ini.

Menjawap soalan sama ada polis akan menghantar anggotanya untuk menyoal Charles di Amerika Syarikat di mana beliau menetap, Khalid berkata, tidak ada apa-apa perancangan buat masa ini.

"Kita akan lihat, selepas kita panggil peguamnya," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS