Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP mahu perlombongan bauksit dihenti sebelum tengkujuh

Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh mahu kerajaan negeri Pahang mengeluarkan arahan berhenti kerja untuk perlombongan bauksit sebelum musim tengkujuh melanda negeri itu.

Katanya, hujan lebat selama empat jam, pada awal pagi Ahad telah menyebabkan dinding penahanan kolam pembersihan bauksit di Bukit Goh pecah dan air melimpah ke rumah seorang penduduk berhampiran.

"Ini hanya hujan empat jam, cuba bayangkan apa akan berlaku jika hujan berterusan selama empat hari semasa musim tengkujuh.

"Banjir sudah cukup buruk," kata Fuziah pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Oleh itu, beliau mahu kerajaan Pahang mengeluarkan arahan berhenti kerja supaya lombong yang terjejas boleh memperbaiki dinding penahanannya.

Beliau juga mahu arahan berhenti kerja diberikan kepada semua lombong bauksit di negeri itu, sama ada yang beroperasi secara sah ataupun tidak dan meminta kerajaan persekutuan menunaikan janji untuk menghentikan eksport bauksit bagi melumpuhkan permintaan.

"Kerajaan negeri dan persekutuan mesti mempunyai kemahuan politik untuk lakukan sesuatu. Sila hentikan penderitaan rakyat Kuantan," kata Fuziah.

Beliau sebelum ini memetik kajian Jabatan Alam Sekitar mendakwa bahawa empat batang sungai di Kuantan tercemar teruk dengan merkuri.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS