Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
G25 mahu audit ke mana wang Jakim dibelanjakan
Diterbitkan:  Nov 30, 2015 2:00 PM
Dikemaskini: 6:12 AM

Tokoh profesional Melayu G25 merancang untuk menjalankan audit terhadap Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan bagaimana perbelanjaan dibuat.

Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata agensi kerajaan persekutuan itu dikritik hebat sejak akhir-akhir ini, perlu memainkan peranan dengan memastikan kedudukan Islam di Malaysia.

Pada masa yang sama, mereka mahu memastikan "Jakim tidak melanggar batas-batas peribadi hidup warga Muslim di negara ini" seperti yang didakwa oleh beberapa pihak.

Hal ini muncul selepas polis mula menyiasat anggota G25 Tawfik Ismail yang menggesa Jakim dimansuhkan.

"Memandangkan yang program dan aktiviti Jakim adalah dibiayai oleh wang rakyat, sewajarnyalah rakyat Malaysia ketahui bagaimana wang itu dibelanjakan.

"Ini adalah antara sebab utama mengapa G25 ingin melaksanakan kajian ini.

"Kami harap akan dapat memaklumkan hasil kajian ini serta apa-apa saranan yang dibuat kepada pihak kerajaan dan masyarakat Malaysia amnya," kata mereka.

Dalam maklum balasnya,Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata orang Islam tak boleh bernostalgia dengan kembali kepada zaman di mana sewenang-wenangnya berfoya-foya dengan perkara yang jelas diharamkan.

Lihat Komen
ADS