Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PLUS berhak naikkan kadar tol 5 peratus tahun depan

PARLIMEN l Semua lebuh raya yang dibina dan dikendalikan oleh Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (PLUS) Malaysia Bhd layak untuk menaikkan kadar tol sebanyak lima peratus mulai tahun 2016.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dalam satu kenyataan bertulis di Dewan Rakyat juga memaklumkan syarikat itu juga berhak mengkaji kadar tol semula setiap tiga tahun sehingga kontraknya berakhir pada 2038.

"Berdasarkan perjanjian konsesi tambahan PLUS yang ditandatangani pada November 2011, kerajaan dan PLUS Expressway Berhad (PEB) bersetuju memutuskan tiada kenaikan kadar tol di semua lebuh raya di bawah kendalian Plus bagi temph lima tahun daripada 2011 hingga 2015," kata Rosnah.

"Kenaikan akan datang ialah 206 (kecuali Jambatan Pulau Pinang di mana kadar tolnya kekal sehingga 31 Disember 2038.

“Perjanjian terkini tersebut juga menetapkan kemaikan kadar tol 5 peratus sahaja setiap tiga tahun mulai 2016 hingga tamat tempoh konsesi pada 31 Disember 2038,” katanya.

Lebuh raya di bawah Plus adalah Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 (FHR2), Lebuh Raya Seremban Port Dickson, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (NSECL), Laluan Kedua Malaysia-Singapura (MSSL) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).

Minggu lalu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof mengakui bahawa kerajaan perlu membayar RM214 juta kepada PLUS sebagai pampasan jika menafikan kenaikan tol di lebuh raya berkenaan.

Kerajaan tidak mempunyai niat, buat masa ini, untuk melanjutkan konsesi Lebuhraya Utara Selatan (NSE), yang akan berakhir pada 2038, Rosnah memberitahu Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab.

"Pada masa ini, kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan tempoh konsesi," katanya ketika menjawab soalan Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa), yang menyoal mengenai kenaikan tol lebuh raya.

Ahmad Fauzi meminta kerajaan untuk mendedahkan butiran kenaikan kadar tol supaya rakyat boleh membuat persediaan.

Sementara itu, Rosnah juga berkata PLUS hanya membuat keuntungan selepas cukai RM8.4 juta daripada kutipan tol RM2.61 bilion tahun lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS