Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azizah: Demam denggi timbulkan keinsafan Khairuddin

Sokongan secara tiba-tiba bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ke atas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, mungkin didorong oleh pengalaman hidupnya semasa dalam tahanan polis, kata isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Bila kena tahan (lokap), kena denggi mungkin beliau (Khairuddin) sudah insaf.

“Dari dulu lagi, kita kata Anwar tidak bersalah, sepatutnya dibebaskan,” kata Wan Azizah kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Khairuddin pada Ahad lalu membuat kenyataan yang mengejutkan dengan menuntut pembebasan Anwar.

Ini berlaku seminggu selepas Khairuddin dibebaskan dari tahanan polis.

Katanya, beliau menyokong penuh mana-mana daya usaha untuk membebaskan Anwar dan sudah tiba masanya bekas ketua pembangkang itu berada di luar penjara Sungai Buloh untuk menyemarakkan lagi landskap serta senario politik tanah air.

Bekas naib ketua Umno Batu Kawan itu ditangkap pada 18 September lalu dan terkena demam denggi seminggu kemudian ketika di lokap Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Anwar dipenjarakan Februari lalu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa ketua umum PKR itu bersalah melakukan liwat.

Anwar dan penyokongnya menafikan dakwaan itu dan mendakwa pertuduhan itu adalah bermotifkan politik.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS