Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno tak perlu drama untuk terus wujud, kata naib presiden

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein percaya parti itu tidak semata-mata perlu bergantung kepada drama untuk terus wujud.

"Kewujudan Umno tidak bergantung kepada drama," kata Hishammuddin pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau diminta mengulas sama ada Perhimpunan Agung Umno minggu depan akan menyaksikan sama ada parti itu terus wujud, berdasarkan drama sekarang.

Hishammuddin, yang juga menteri pertahanan, berkata perhimpunan itu akan memberi tumpuan kepada isu-isu besar dan bukan apa yang hendak dikatakan oleh seorang individu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan kehadiran bekas perdana menteri dan bekas presiden parti Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata bahawa beliau akan menghadiri perhimpunan itu, sekiranya dijemput.

Hishammuddin berkata, tidak kira sama ada mana-mana individu tertentu menghadiri perhimpunan itu atau tidak, ini tidak akan menjejaskan parti.

“Parti ini bukannya ditentukan oleh individu dan personaliti tertentu (tetapi), akan ditentukan oleh majoriti ahli-ahli kita.

“Sejarah telah menunjukkan bahawa majoriti ahli-ahli tidak terikut-ikut dengan emosi dan isu-isu semasa,” katanya.

Hishamuddin juga berkata sejarah telah membuktikan ahli-ahli Umno sentiasa meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan dengan memberi contoh daripada zaman Datuk Onn Jaafar ke pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada parti di mana rakyat juga turun ke jalanan membuat bantahan.

“Akhirnya majoriti ahli-ahli sentiasa meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan. Apa yang kita hadapi hari ni tak segetir apa yang kita dah lalui sebelum ini.

“Tidak bermakna kita tidak ada perkara-perkara yang tidak membimbangkan kita. Tapi nak kata ini adalah sesuatu yang unik dalam sejarah Umno, saya tak setuju,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS