Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
AirAsia mula operasi di Terminal 1 KKIA esok
Diterbitkan:  Nov 30, 2015 4:49 PM
Dikemaskini: 8:51 AM

AirAsia akan menjalankan operasi dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) mulai 1 Disember 2015.

AirAsia pada masa ini mengendalikan 504 penerbangan seminggu dari dan ke KKIA dan semua jadual penerbangan sedia ada untuk penerbangan domestik dan antarabangsa kekal tidak berubah.

Penumpang AirAsia yang berlepas atau mendarat di Kota Kinabalu telah dimaklumkan mengenai perpindahan dari Terminal 2 ke Terminal 1, iaitu 4 kilometer dari antara satu sama lain, katanya dalam kenyataan.

"Syarikat penerbangan akan terus memberi bantuan kepada penumpang yang melakukan perjalanan ke dan dari hab Kota Kinabalu berikutan langkah ini," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS