Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tindakan wartawan Al Jazeera mudaratkan keselamatan negara’
Diterbitkan:  Dec 1, 2015 11:16 AM
Dikemaskini: 3:24 AM

PARLIMEN l Wartawan Al Jazeera Mary Ann Jolley tidak dibenarkan masuk ke negara ini kerana tindakannya boleh memudaratkan bahayakan keselamatan dan ketenteraman awam, kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

"Akta Imigresen 1959/63 memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Imigresen menyekat kemasukan mana-mana warganegara asing ke Malaysia setelah mempercayai individu berkenaan boleh membawa kemudaratan kepada keselamatan negara," kata Zahid, yang juga adalah Menteri Dalam Negeri.

Jolley secara tiba-tiba dihantar pulang dari Kuala Lumpur pada 14 Jun, selepas Kementerian Dalam Negeri menganggap aktivitinya mempunyai ‘kesan negatif terhadap imej negara’.

Zahid berkata demikian dalam jawapan bertulis di Parlimen menjawap soalan daripada Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) yang ingin tahu sebab Jolley tidak dibenarkan memasuki Malaysia.

Hee juga menyoal sama ada siasatan terhadap bekas komando polis Sirul Azhar ditutup sejak beliau melarikan diri ke Australia.

Zahid berkata, siasatan ke atas kes yang melibatkan Sirul telah selesai dan hukuman telah pun dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan ke atasnya.

"Dengan itu, tidak timbul lagi isu berkaitan penutupan siasatan kes berkenaan,” kata Zahid.

Jolley menghasilkan dokumentari 30 minit berjudul 'Pembunuhan di Malaysia', yang memaparkan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Dokumentari itu menimbulkan persoalan bahawa pembunuhan Altantuya masih misteri dan banyak soalan yang belum terjawab.

Antara lain, dokumentari itu mendakwa bahawa Sirul, salah satu daripada dua bekas komando polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya juga cuba memeras ugut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia memetik ahli keluarga yang tidak dinamakan kononnya Sirul berkata bahawa Abdul Razak Baginda yang menarik picu pistol yang membunuh Altantuya.

Ini membawa kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan siasatan terhadap wartawan yang berpangkalan di Australia itu.

Khalid juga tidak menolak tindakan terhadap mereka yang membekalkan Jolley dengan maklumat yang salah.

Lihat Komen
ADS