Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia digesa membentangkan laporan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ke atas skandal syarikat National Feedlot Corporation (NFC).

Ahli PAC, Tony Pua berkata Pandikar hendaklah mengedarkan laporan itu yang telah siap dan diberikan kepadanya pada awal tahun 2014 di Dewan Rakyat, sama ada pada esok ataupun Khamis ini.

"Saya harap speaker boleh pada sesi ini, edarkan laporan PAC (berhubung siasatan ke atas NFC).

"Oleh itu, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan dan bagi orang ramai mengetahui kebenaran, " kata Pua pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Laporan PAC ke atas NFC tidak dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun 2014 kerana syarikat itu sedang dibicarakan pada masa berkenaan.

Bgaimanapun, Pua berkata bahawa Jabatan Peguam Negara telah menarik balik tuduhan terhadap NFC dan pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Oleh itu, katanya, tidak ada sebab laporan itu perlu ditahan lagi.

"Kita tahu sekarang kes itu tamat. Peguam negara sudah menarik balik dakwaan terhadap CEO NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan membebaskannya," katanya.

Salleh, suami kepada Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dibebaskan minggu lalu selepas Pejabat Peguam Negara menarik balik semua empat tuduhan pecah amanah dan menggunakan dana syarikat terhadapnya.

Beliau dituduh menyalahgunakan RM9,758,140 melalui empat keping cek NFC untuk membiayai sebahagian daripada pembelian dua kondominium di One Menerung di Kuala Lumpur.

Beliau juga dituduh memindahkan RM40 juta melalui cek NFC ke dalam akaun National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimilikinya dan seorang anaknya antara 6 Mei dan 16 November 2009.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS