Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Tiada komunikasi dengan orang dikehendaki 1MDB’

Bank Negara Malaysia tidak mempunyai ‘komunikasi langsung’ dengan kedua-dua eksekutif yang berkaitan 1MDB yang dikehendaki oleh bank pusat itu untuk membantu siasatan ke atas syarikat pelaburan negara yang kini sarat hutang, kata Gabenor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

"Kami belum lagi mempunyai sebarang hubungan terus dengan mereka," katanya di Sasana Kijang, Kuala Lumpur hari ini, apabila ditanya pemberita mengenai status kedua-dua pegawai itu.

Zeti bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Bank Negara pada Julai lalu mengedarkan risalah meminta orang ramai untuk membantu dalam siasatan 1MDB mengikut Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.

Ia memohon bantuan orang ramai untuk mengesan Casey Tang, 50, dan Jasmine Loo, 42.

Tang adalah bekas pengarah eksekutif 1MDB yang didakwa pernah bekerja dengan jutawan Jho Low manakala Loo menyertai 1MDB pada tahun 2011 untuk menggantikan Tang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS