Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas menteri puji melambung Americk Sidhu
Diterbitkan:  Dec 1, 2015 2:48 PM
Dikemaskini: 6:51 AM

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim memuji peguam kanan Americk Sidhu yang pernah mewakili penyiasat persendirian P Balasubramaniam dan ahli perniagaan yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat Charles Suresh Morais dalam pembunuhan abangnya, Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais.

Dalam blognya hari ini, Zaid berkata terdapat banyak peguam di negara ini tetapi jenis yang paling beliau kagumi adalah orang seperti Americk bersedia mewakili kes-kes dan anak guam yang tidak popular.

"Sesetengah kesnya dilakukan secara pro bono, seperti untuk isteri dan anak P Balasubramaniam, kerana beliau berjuang untuk keadilan. Beliau juga berani.

"Sekarang Charles juga mendapatkan khidmat Americk. Saya pasti jika Clare Rewcastle-Brown dari Sarawak Report memerlukan seorang peguam di negara ini, beliau akan memilih Americk juga.

“Orang-orang yang diwakilinya mempunyai rasa tidak puas hati yang serius - jika tidak, beliau tidak akan membuang masa mewakili mereka," kata Zaid.

Sambil mengucapkan selamat menyambut hari kelahirannya ke-59 hari ini, Zaid berkata beliau mengenali peguam itu apabila beliau mewakili penyiasat persendirian P Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai PI Bala, yang berkhidmat untuk penganalisis politik Abdul Razak Baginda, ketika itu.

"Saya mulanya sangsi dengan Bala, terutamanya apabila beliau menarik balik akuan bersumpah pertamanya apabila dia ditawarkan wang.

"Kemudian, saya dapat tahu fakta-fakta sebenar dari Bala dan Americk, dan adalah jelas bahawa penyiasat persendirian itu dipaksa untuk meninggalkan negara ini dengan keluarganya. Wang itu cuma sampingan.

"Ini adalah cara mereka yang berkuasa bertindak mengeluarkan anda dari negara ini jika mereka mahu," kata Zaid, sambil menambah bahawa mengubah SD tidak mengapa bagi orang-orang berkenaan kerana wang bukan satu isu.

Kini, dengan SD daripada Charles, Zaid membuat hipotesis bahawa begitu banyak SD dibuat sekarang adalah kerana rakyat tidak lagi mempercayai polis untuk menjalankan penyiasatan dengan adil khususnya melibatkan golongan ternama.

"Betul atau salah, orang merasa mereka perlu gunakan SD untuk menghebahkan perkara itu dahulu kerana itulah perlindungan mereka.

“Balasubramaniam memberikan kenyataan yang panjang kepada polis tempatan dan juga di Bangkok, tetapi apa yang berlaku terhadap aduannya?

"Tiada apa-apa. Saya yakin Charles Morais mengambil jalan membuat SD atas sebab yang sama, dan siapa yang boleh menyalahkannya? " soalnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS