Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K’jaan kekalkan hak ekslusif Astro hingga Feb 2017
Diterbitkan:  Dec 1, 2015 3:19 PM
Dikemaskini: 7:21 AM

Kerajaan telah mengekalkan hak eksklusif bagi penyiaran melalui satelit kepada pengendali 'Astro' iaitu Measat Broadcast Network Systems (Malaysia) Sdn Bhd (MBNS) sehingga 28 Feb 2017, kata Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini, kementerian itu memberitahu bahawa hak itu dikekalkan berasaskan prinsip kedudukan 'no worse off' semasa penghijrahan Lesen Penyiaran kepada Lesen Individu Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan.

"Hak eksklusif ini telah diberi oleh kerajaan Malaysia kepada MBNS pada tahun 1997, sebelum Lesen Penyiaran di bawah Akta Penyiaran 1988 MBNS berhijrah ke rejim baharu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 98).

"MBNS boleh meneruskan perkhidmatan penyiaran TV berbayar menerusi satelit untuk tontonan langsung kepada umum selepas tahun 2017, tetapi bukan secara eksklusif," kata kementerian itu menjawab soalan Datuk Hasan Arifin (BN-Rompin).

Hasan ingin tahu sama ada kerajaan akan menyambung hak eksklusif Astro yang akan tamat pada tahun depan.

Selain itu, kementerian itu menyebut syarikat-syarikat lain boleh mula memohon untuk membeli perkhidmatan penyiaran TV berbayar melalui satelit selepas 28 Feb 2017.

- Bernama

Lihat Komen
ADS