Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Majlis Peguam bidas seloroh ‘anak dara’ Miti

Pengerusi bersama, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam, Andrew Khoo membidas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa seksis pada sesi townhall Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) hari ini.

Katanya, Mustapa perlu memohon maaf kepada semua wanita kerana ucapnnya jelas menghina wanita dan tidak sensitif.

"Ini mendedahkan tahap tidak sensitif gender yang mengejutkan dibuat oleh seorang menteri kabinet.

“Saya fikir beliau patut memohon maaf kepada semua wanita di negara ini kerana kenyataan itu,” kata Khoo kepada pemberita.

Sesi hari ini diadakan di ibu pejabat baru, Kementerian Perdagangan dan Industri (Miti) di Kuala Lumpur yang dinamakan Menara Miti.

Mustapa memulakan sesi itu dengan menyambut peserta ke ibu pejabat baru kementeriannya dan memohon maaf atas segala kekurangan.

Ketika berbuat demikian, secara berseloroh, beliau mengibaratkan bangunan berkenaan sebagai pengantin baru manakala bekas bangunan pejabat lama kementerian itu sebagai perkahwinan lama yang membosankan.

“Jadi kelemahan-kelemahan ini, minta maaf kerana kami baru berkahwin semalam. Anak dara lagi, tak biasa lagi.

“Sebelum ini di Jalan Duta. 30 tahun di sana. Lama-lama dah kahwin ini, buang isteri, kahwin baru.

“Tiga puluh tahun masa yang agak lamat dan bosan, jadi pindah sinilah. Hari pertama hari ini,” katanya yang menyebabkan hadirin ketawa tetapi ada juga yang dikatakan tersinggung.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS