Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jutawan dunia tawar penyelesaian
Diterbitkan:  Dec 1, 2015 5:19 PM
Dikemaskini: 9:46 AM

Kumpulan jutawan teknologi terkemuka dunia membentuk satu gabungan baru – Breakthrough Energy Coalition untuk menghadapi perubahan iklim.

Antara tokoh yang bertanggungjawab dalam gabungan ini ialah para pengasas syarikat gergasi teknologi dunia, Bill Gates (Microsoft), Mark Zuckerberg (Facebook), Richard Branson (Virgin Group) dan Jeff Bezos (Amazon.com).

Kumpulan jutawan ini berikrar untuk menyalurkan sebahagian daripada kekayaan masing-masing ke dalam pelaburan syarikat tenaga bersih.

Ahad lalu, Zuckerberg mengumumkan di Facebook bahawa gandingan tersebut bakal menjadi asas kepada usaha untuk menyelesaikan masalah dunia.

“Menyelesaikan masalah tenaga bersih adalah bahagian utama dalam membina dunia yang lebih baik.

“Kita tidak akan dapat mencapai kemajuan bermakna dalam cabaran lain – seperti pendidikan atau menghubungkan dunia – tanpa tenaga yang selamat dan iklim yang stabil,” tulisnya.

Pengumuman itu muncul menjelang persidangan iklim dunia COP21 yang akan berlangsung di Paris minggu ini, lapor portal teknologi Wired .

Persidangan itu antara lainnya akan disertai oleh Presiden AS Barack Obama yang akan membincangkan usaha untuk mengatasi perubahan iklim.

Para pemerhati melihat, pengumuman Zuckerberg itu menggambarkan sentimen di kalangan pengusaha industri teknologi bahawa para pemimpin kerajaan tidak akan dapat mencapai apa-apa tanpa bantuan sektor swasta.

Lihat Komen
ADS