Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAC ‘lega’ 1MDB urusniaga dengan syarikat luar bereputasi

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) lega dengan cara 1MDB menjalankan urus niaganya di luar negara, kata pengerusinya, Datuk Hasan Arifin hari ini.

"Secara keseluruhannya, PAC lega k1MDB membuat urusniaga dan pelaburan luar negara dengan syarikat-syarikat luar negara yang mempunyai reputasi," kata Hasan dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas PAC mengasak Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy selama lima jam.

"Saya berpuas hati dengan penjelasan Arul Kanda, bagaimanapun PAC akan memanggilnya lagi pada 18 Disember bagi menyambung semula prosiding,” katanya.

Sebelum ini, 1MDB dikritik berhubung urusniaga yang dijalankannya dengan syarikat asing, termasuk perjanjiannya dengan PetroSaudi International.

Ia juga membuat beberapa pelaburan luar pesisir di Kepulauan Cayman, yang mengundang pelbagai kritikan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS