Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kami sedang siasat SD itu, ikrar IGP
Diterbitkan:  Dec 1, 2015 7:25 PM
Dikemaskini: 11:28 AM

Pihak polis tidak menolak dakwaan yang dibangkitkan dalam akuan bersumpah yang dibuat oleh Charles Suresh Morais, minggu lalu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Bagaimanapun, katanya, menyoal Charles juga penting kepada siasatan seperti yang diamalkan dalam semua kes.

"Saya panggilnya pengecut kerana meninggalkan negara ini kerana adalah mengecewakan apabila seseorang membuat dakwaan seumpama itu dan kemudiannya menghilang begitu sahaja. Ini merumitkan dan melambatkan siasatan.

"Adalah penting bagi polis menyoalnya untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Kita juga ingin mengetahui kandungan di dalam pen drive yang didakwa itu dan jika terdapat sebarang asas berhubung dakwaan itu," katanya kepada Malaysiakini .

Dalam perkembangan yang sama, Khalid berkata beliau memahami Charles mungkin bimbangkan keadaan keselamatannya kerana mengaitkan orang yang berkuasa.

"Kami sedia tawarkan perlindungan kepadanya. Bagaimanapun, para pengkritik akan meragui niat kami ini juga.

“Pen drive dan Charles boleh berikan kami maklumat yang amat diperlukan untuk membantu siasatan kami.

"Jika tiada pen drive, apa yang ada adalah hanya dakwaan dan tidak ada bukti mencukupi untuk menjalankan siasatan menyeluruh," katanya.

Khalid juga menjelaskan bahawa apabila seseorang membuat dakwaan, siasatan juga perlu tertumpu kepada individu berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS