Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bajet 2016 diluluskan di peringkat jawatankuasa dengan undian suara hari ini, sekaligus menjamin kedudukan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri.

Pembangkang, yang hanya ada sekitar lebih 20 orang anggota di Dewan malam ini, tidak meminta untuk undi blok.

Ini merupakan peluang terakhir mereka untuk menunjukkan bahawa Najib tidak mendapat sokongan Dewan dengan mengundi menolak bajet.

Dengan tinggal dua hari lagi sidang Parlimen, kemungkinan usul tidak percaya yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berada pada nombor 39 dalam kertas perintah, tidak akan dibahaskan di Dewan Rakyat.

Ianya kecuali jika Speaker Tan Sri Speaker Pandikar Amin Mulia menaikkan kedudukan usul itu lebih tinggi dalam kertas perintah itu.

Usaha pembangkang sebelum ini untuk mengundi menolak bajet semasa peringkat dasar, gagal apabila 128 undi menyokong dan 74 undi menolak.

Pembangkang berhujah bahawa Malaysia akan berdepan dengan kegawatan kewangan jika Najib tidak berundur.

Ahli Parlimen pembangkang memetik kejatuhan nilai ringgit, dan peningkatan hutang awam dan juga masalah kewangan 1MDB sebagai sebahagian daripada sebab-sebab mengapa Najib perlu berundur.

Najib bagaimanapun enggan berganjak, dan berkata beliau tidak akan dijatuhkan melalui cara yang "tidak demokratik".

Najib, yang juga menteri kewangan, membentangkan belanjawan RM267.2 bilion untuk tahun depan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS