Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pejabat AG putuskan NFA bagi kes demo di gereja PJ
Diterbitkan:  Dec 2, 2015 10:46 AM
Dikemaskini: 3:02 AM

PARLIMEN Pejabat Peguam Negara memutuskan bahawa tiada tindakan akan diambil terhadap penunjuk perasaan yang membuat bantahan di depan gereja di Taman Medan, di Petaling Jaya.

"Kertas siasatan telah lengkap dan telah diedarkan kepada pihak Pejabat Peguam Negara yang telah memutuskan kes tersebut di NFA (No Further Action)," kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan dari Khalid Samad (AMANAH-Shah Alam) mengenai insiden protes di depan gereja itu.

Beliau berkata kerajaan memandang serius tentang kes-kes jenayah yang berlaku terutamanya kejadian yang boleh menjejaskan keselamatan dan keharmonian negara.

“Siasatan akan dijalankan tanpa mengira sama ada ia dilakukan oleh individu berpemgaruh atau sebaliknya,” katanya.

Polis sebelum ini memaklumkan bahawa insiden itu disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman dan di bawah Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Pada 19 April lalu, kira-kira 50 penunjuk perasaan berkumpul di luar sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya, menuntut supaya salib gereja berkenaan diturunkan kerana kedudukannya di tempat yang tinggi didakwa mengganggu umat Islam.

Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan sekurang-kurangnya lima daripada penunjuk perasaan itu adalah ahli Umno.

Antara mereka termasuk Datuk Abdullah Abu Bakar, abang kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, dan juga bekas Ketua Wanita Umno Petaling Jaya Selatan, Munaliza Hamzah.

Abdullah kemudian mendakwa kehadirannya pada bantahan itu hanya sebagai menjadi pengantara di antara penunjuk perasaan dan oihak gereja

Ini bukan kali pertama Pejabat Peguam Negara dilihat melenggah-lenggahkan tindakan untuk mendakwa mereka yang menyokong pihak kerajaan.

Sebelum ini, Pejabat Peguam Negara enggan mendakwa Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang mengugut untuk membakar Bible bahasa Melayu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS