Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu Rosmah di tangga teratas video '51 dalil'
Diterbitkan:  Dec 9, 2015 11:34 PM
Dikemaskini: 3:37 PM

Ketika ketegangan hubungan perdana menteri dan timbalannya pada 1998 – Tun Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim – muncul sebuah buku kontroversi ketika perhimpunan agung Umno.

Mungkin terinspirasi daripada buku “50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM” itu, video hampir sama kini muncul di Internet yang memaparkan 51 sebab penolakan terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Dinamakan “51 Dalil Mengapa PM Najib Razak Sudah Tidak Layak Jadi PM”, video itu kini dikongsi meluas di media sosial.

Tidak jelas asalnya dikeluarkan oleh siapa, ia dikesan dimuat naik di Facebook Kelab Che Det, yang menyokong Mahathir.

Empat jam sahaja dimuat naik, ia ditonton sebanyak 189,455 kali, dikongsi 7,552 kali dan mengumpul 11,534 ' like' .

Di tangga teratas, video itu menjadikan dakwaan sekitar isteri perdana menteri Rosmah Mansor sebagai faktor utama.

“Tidak berupaya mengawal isteri boros berbelanja,” menurut dalil pertama itu.

Antara faktor lain dibangkitkan melibatkan kekangan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), peningkatan kos sara hidup, isu 1MDB dan penerimaan dana RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

Video yang tersebar di media sosial termasuk whatsapp, 51 dalil kenapa Najib Razak dah tak layak jadi PM.Komen anda?

Posted by Kelab Che Det on Tuesday, 8 December 2015

Lihat Komen
ADS