Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Versi baru Zahid: Seorang penderma, banyak wakil

Berapa jumlah sebenar penderma dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?

Selepas beberapa penjelasan, timbalannya hari ini menjelaskan bahawa beliau telah bertemu dengan lebih daripada seorang wakil kepada penderma tunggal.

Oleh sebab itu, katanya, beliau sebelum ini menjelaskan bahawa penderma itu “jamak” (lebih seorang) sebelum ini.

Zahid berkata demikian dalam sidang media di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau justeru berkata kenyataannya tidak bercanggah dengan kenyataan rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung isu itu.

Diasak sama ada sebuah kerajaan atau individu berada di belakang derma itu, Zahid berkata lebih baik perkara itu dijelaskan oleh SPRM.

Temubual dengan The Star sebelum ini melaporkan Najib sebagai berkata dana itu diterima daripada lebih seorang penyumbang yang mempunyai hubungan peribadi dengannya.

Zahid kemudian mengesahkan sumbangan itu datang daripada lebih seorang penderma dengan menyebutnya sebagai “jamak”.

Dalam portal pro-Umno Agenda Daily pula, beliau dilapor berkata penderma itu “bukanlah individu dalam erti kata seorang” tetapi “pimpinan sebuah kerajaan”.

Lihat Komen
ADS