Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1MDB nikmati hubungan perniagaan kukuh dengan IPIC

1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini berkata ia terus menikmati hubungan perniagaan kukuh dengan syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC).

Dalam satu kenyataan , 1MDB berkata ini jelas terbukti menerusi pelaksanaan perjanjian helaian terma yang menyaksikan IPIC mengambil alih bon prinsipal AS$3.5 bilion dan faedah yang dipegang 1MDB ketika ini serta pembayaran tunai sebanyak AS$1 bilion oleh IPIC kepada 1MDB pada Jun 2015.

Malah, IPIC turut mengesahkan komitmennya untuk bekerjasama dengan 1MDB menerusi satu kenyataan umum yang dikeluarkan pada bulan Oktober 2015 serta membuat bayaran faedah terhadap bon berkenaan pada Oktober dan November 2015.

Sementara itu, 1MDB berkata ia turut mencatat kemajuan ketara dalam pelan rasionalisasinya.

Ini termasuk kejayaan 1MDB melaksanakan perjanjian jual beli saham dengan China General Nuclear Power Corporation dan kini dalam proses memilih rakan kongsi pembangunan bagi projek Bandar Malaysia.

- Bernama

Lihat Komen
ADS