Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sidang khas Parlimen bahas TPPA pada 26 Januari
Diterbitkan:  Dec 29, 2015 1:37 PM
Dikemaskini: 5:41 AM

Dewan Rakyat akan membahas dan mengundi mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dalam sesi dua hari khas pada 26 Jan dan 27.

Ini disahkan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ronald Kiandee dalam temu bualnya dengan Berita Harian .

"Cara pengundian akan diputuskan apabila sidang khas diadakan," beliau dipetik sebagai berkata oleh akhbar berbahasa Melayu itu.

Dewan Negara pula akan membahaskan dan mengundi isu TPPA pada 28 Januari

TPPA adalah perjanjian perdagangan bebas dengan Amerika Syarikat sebagai pendukung utama. Selain Malaysia, antara negara-negara lain yang terlibat dalam rundingan rahsia itu adalah Australia, New Zealand, Vietnam, Mexico dan Kanada.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS