Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
FBI teliti syarikat filem anak tiri PM dalam siasatan 1MDB
Diterbitkan:  Dec 30, 2015 2:56 PM
Dikemaskini: 12:31 PM

Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) sedang meneliti pembiayaan syarikat penerbitan filem Red Granite Pictures sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas 1MDB, lapor akhbar Wall Street Journal (WSJ).

Red Granite Pictures ditubuhkan oleh Riza Aziz iaitu anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang telah menghasilkan filem The Wolf of Wall Street .

Akhbar yang berpengkalan di Amerika Syarikat itu memetik orang yang biasa dengan perkara itu sebagai berkata siasatan ke atas Red Granite Pictures merupakan sebahagian siasatan FBI atas aset dimiliki Najib dan keluarganya.

Ini termasuk hartanah mewah di New York dan Los Angeles.

Red Granite Pictures memberitahu WSJ bahawa Riza mahupun syarikat nya telah melibatkan diri dalam mana-mana perniagaan "tidak sesuai".

Dalam filem The Wolf Of Wall Street , hartawan yang berhubungan dengan 1MDB- Jhow Low mendapat penghormatan apabila namanya muncul dalam kredit di akhir filem berkenaan.

WSJ semalam memetik bekas ahli politik parti pemerintah mendakwa Low dibawa ke dalam 1MDB untuk membantu perbelanjaan berkaitan pilihan raya.

Low sejak itu menafikan hubungan dengan 1MDB.

1MDB semalam dalam kenyataannya mendakwa laporan WSJ sebagai tidak berasas dan dikitar semula sejak pertengahan 2015.

Lihat Komen
ADS